Wednesday 20 April 2011

Buku Ternak Puyuh Berbahasa Melayu Pertama di Malaysia

Setinggi-tinggi kesyukuran dilafazkan ke hadrat Allah SWT, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan seluruh sahabat baginda, dengan izin Allah akhirnya buku Ternak Puyuh : Hobi Menjana Pendapatan berjaya diterbitkan juga.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada pihak Penerbit Alaf 21 @ Grupbuku Karangkraf kerana sudi menerbitkan buku ini di bawah Siri Usahawan. Terima kasih juga buat warga SM Teknik Pertanian Chenor, Maran, Pahang, warga Kolej Komuniti Paya Besar, Kuantan, Pahang, seluruh ahli keluarga dan sesiapa sahaja yang turut membantu secara langsung atau tidak langsung dalam penerbitan buku ini. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas budi dan jasa kalian.

Didoakan agar buku ini dapat membantu sesiapa sahaja yang mahu memulakan penternakan puyuh. Bermula sebagai hobi santai di rumah, Insya Allah mampu menjana pendapatan sampingan yang lumayan. Buku ini juga bermanfaat buat pelajar-pelajar, sama ada di peringkat sekolah mahupun Institusi Pendidikan Tinggi (IPT)
yang mahu memulakan projek penternakan puyuh sebagai satu aktiviti persatuan atau kelab.

Pesan terus daripada penulis :
1. SMS penulis dengan menaip, <NAMA PENUH> <ALAMAT POS> <BIL. NASKHAH>, hantar kepada nombor telefon 013-9619421.

2. Buat bayaran ke akaun Maybank MOHD RAZALI KAMARUDIN - 1621 4301 5246.
    Hanya perlu membayar harga buku sahaja, RM21.00. Pos Ekspres PERCUMA!.

3. SMS penulis sekiranya pembayaran telah dibuat.

4. Buku akan terus dikirim kepada tuan/puan.

 

No comments:

Post a Comment