Tuesday 26 April 2011

Resipi@Buku Ternak Puyuh

Salah satu bab yang terkandung dalam buku Ternak Puyuh adalah berkenaan Resipi Puyuh. Terdapat 10 resipi daging puyuh dan telur puyuh yang mesti dicuba.


Testimoni Buku Ternak Puyuh : Hobi Menjana Pendapatan (Dipetik dari laman Facebook)

Buku Ternak Puyuh @ Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 (PBAKL 2011)

KANDUNGAN BUKU TERNAK PUYUH : HOBI MENJANA PENDAPATAN

Bab 1 : Pengenalan
Bab 2 : Mengenali Puyuh Pedaging
Bab 3 : Pemilihan Lokasi
Bab 4 : Sistem Pemeliharaan
Bab 5 : Penyediaan Sistem Pemeliharaan
Bab 6 : Keperluan Pemeliharaan
Bab 7 : Aktiviti Pengurusan Peringkat Perindukan/Mendidik
Bab 8 : Aktiviti Pengurusan Peringkat Pembesaran
Bab 9 : Pengurusan Penyakit
Bab 10 : Rekod dan Analisis Kos
Bab 11 : Resipi Puyuh

Wednesday 20 April 2011

Iklan Promo Buku Ternak Puyuh : Hobi Menjana Pendapatan oleh Grupbuku Karangkraf

Buku Ternak Puyuh Berbahasa Melayu Pertama di Malaysia

Setinggi-tinggi kesyukuran dilafazkan ke hadrat Allah SWT, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan seluruh sahabat baginda, dengan izin Allah akhirnya buku Ternak Puyuh : Hobi Menjana Pendapatan berjaya diterbitkan juga.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada pihak Penerbit Alaf 21 @ Grupbuku Karangkraf kerana sudi menerbitkan buku ini di bawah Siri Usahawan. Terima kasih juga buat warga SM Teknik Pertanian Chenor, Maran, Pahang, warga Kolej Komuniti Paya Besar, Kuantan, Pahang, seluruh ahli keluarga dan sesiapa sahaja yang turut membantu secara langsung atau tidak langsung dalam penerbitan buku ini. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas budi dan jasa kalian.

Didoakan agar buku ini dapat membantu sesiapa sahaja yang mahu memulakan penternakan puyuh. Bermula sebagai hobi santai di rumah, Insya Allah mampu menjana pendapatan sampingan yang lumayan. Buku ini juga bermanfaat buat pelajar-pelajar, sama ada di peringkat sekolah mahupun Institusi Pendidikan Tinggi (IPT)
yang mahu memulakan projek penternakan puyuh sebagai satu aktiviti persatuan atau kelab.

Pesan terus daripada penulis :
1. SMS penulis dengan menaip, <NAMA PENUH> <ALAMAT POS> <BIL. NASKHAH>, hantar kepada nombor telefon 013-9619421.

2. Buat bayaran ke akaun Maybank MOHD RAZALI KAMARUDIN - 1621 4301 5246.
    Hanya perlu membayar harga buku sahaja, RM21.00. Pos Ekspres PERCUMA!.

3. SMS penulis sekiranya pembayaran telah dibuat.

4. Buku akan terus dikirim kepada tuan/puan.